Setiap hariku bermimpi
Agar impianku ini
Jadi realiti
Bukan sekadar fantasi
Seperti lautan yang luas
Dengan ombak yang birunya
Luas pandanganku
Eloklah aku melakarnya
Mataku layu
Otakku pun beku
Seperti terkedu
Fikirkan satu
Semua anganku
Hidupku fantasi
Bolehkahku menggunakan kudratku
Ini untuk
Menjadikan fantasiku satu realiti
Seorang diri
Terasa manisnya seperti dilayari mimpi
Sungguhpun ianya nampak mustahil
Mengecapinya, menggapainya
Apapun jua marilah kita sama
Mimpinya indah belaka
Oh aku menikmatinya
Dunia milik aku
Jika realiti fantasiku
Dari hari ke hariku
Langsung lenyap pahitnya
Lalui hidup ini
Keraplah aku berangan
Sekejap, fikir sejenak
Bahawa mimpi
Dapat menjadi satu kenyataan
Asalkan usaha
Mataku layu
Otakku pun beku
Oh, aku terkedu
Fikirkan semua
Satulah anganku
Hidupku fiksyen
Hidupku macam satu novel yang dikarang
Tidak ada pengakhiran
Lebih baikku jadi burung
Dan lebarkan sayapku di udara
Sungguh jelas di pandangan orang di dunia ini
Oh, alangkah indahnya
Fikiranku melayang-layang, satu fantasi
Dimanifestasikan
00:00 / 04:50
Fantasi
こんにちは!この曲は僕の妄想を実現するために作ったんだ!
クリップボードにコピーしました
ご意見・ご感想